2. Lihatlah dunia dengan pandangan iktibar,elakkan dirimu dari memandangnya dengan pandangan kasih dan jauhkan dirimu dari berlumba-lumba mengejarnya.
3. Adakah kamu bersedih kerana kehilangan harta sedangkan kamu tidak bersedih kerana kehilangan umurmu bersama sedikit amalmu?
4. Seagung-agung wanita ialah mereka yang sanggup mengorbankan dunianya kerana akhiratnya.
5. Jika kamu tidak redha dengan ketentuan tuhanmu,bagaimana pula kamu mengharap redha-Nya???
6.Apabila kamu hendakkan kekhusyukan hati,elakkan dirimu dari berlebih-lebih dengan pandangan matamu.
7.Berhati-hatilah kamu dengan riya' kerana ia adalah seburuk-buruk perosak bagi hatimu yang solehah.
8.Tanamkan semangat jihad dalam diri anakmu,elakkan rumahmu menjadi reban ayam yang hanya menggemukkan penghuninya untuk disembelih musuh Allah,jadikanlah ia umpama kandang singa yang bakal melahirkan penegak Kalimatullah.
9. Hayatilah kalam isteri pejuang di penjara,apabila di tanya bagaimana sara hidup mereka selepas ini,katanya,"aku mngenali suamiku sebagai pembawa rezeki kepadaku,tapi dia bukanlah penghuni rezeki buatku".
10.Jika benar jiwamu takut kepada Allah,pasti hatimu tidak akan takut kepada kematian dan kefakiran.
love story
No comments:
Post a Comment
tinggalkan k0men anda disini ,, ^__^