THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

sEbElUm KaLaM bErBicAra..

iSLaM iTu iNDaH

j0m teng0k !!

sdg mmbaca ,,

12.6.10

30 PESANAN IMAM SYAFIE

1.Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjaga dan membuat kamu cemerlang di dunia dan akhirat.

2.Perbanyakan menyebut nama Allah daripada mnyebut nama makhluk.Perbanyakkan menyebut akhirat daripada dunia.

3.Pilihlah makanan yang halal kerana ia menjamin kesihatan dan menyebabkan syaitan gerun.

4.Sabar menghadapi musibah adalah sebesar-besar erti sabar di mana sabar itu sendiri memerlukan kesabaran pula.Bala dan musibah menunjukan adanya perhatian dan kasih sayang Allah.Oleh itu,bersyukurlah kerana syukur yang sedemikian setinggi-tinggi erti syukur.

5.apabila salah seorang antara kaum kerabat ataupun jiran dan saudara kamu sakit ,kamu perlu ringankan langkah menziarahinya kerana ia disaksikan oleh malaikat yang dan dicintai Allah.

6.marah adalah satu antara panah-panah syaitan yang mengandungi racun.oleh itu,hindarilah ia supaya kamu dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya.

7.kasihanilah anak yatim keran Rasulullah juga tergolong anak yatim dan beliau akan bersama-sama dengan orang yang menyayanginya dan mengasihi anak-anak yatim di akhirat.

8.berbuat baik dn tunjukkan bakti kepada ibu bapa tanpa mengenali letih dan lelah sebagaimana mereka berbuat begitu sepanjang hayat mereka .Ia dapat menambah keberkatan pada umur,menambah rezeki dan keampunan ats dosa-dosa kamu.

9.banyakanlah amal soleh kerana ia adalah pendinding dan perisai orang mukmin dan pelindung daripada seranagn iblis.

10.Takwa adalah pakaian dan hiasan akhlak muslim sebenar.Ia ibarat pokok zaitun, minyaknya membawa berkat,ia juga memberi kejayaan dan kemenangan.

11.Iman mempunyai benteng bagi menghalang segala serangan yang cuba merobohkannya.Oleh itu,menguatkan benteng iman,keimanan perlu dibajai dengan lima perkara,yakin,ikhlas,mengerjakan amalan sunat,istiqamah bertatasusila ataupun berdisiplin dalam mengerjakan ibadah.

12.ingat ziir kepada kepada Allah sebanyak-banyaknya kerana ia mengubati penyakit jasmani dan hati.ia mencetuskan ketenangan hidup dan qanaah.

13.khusyuk secara zahir adalah khusyuknya orang awam ,khusyuk secara batin adalah khusuk orang pilihan di sisi Allah.

14.kubur adalah perhentian sementara bg mmbolehkan ke satu perhentian lagi yang penuh dengan soal siasat.Oleh itu,,siapkanlah jawapan yang adil dan benar menerusi amal yang benar dan taat kepada Al-haq yang tidak berbelah bagi.

15.kita perlu sentiasa memohon perlindungan daripada Allah,sekurang-kurangnya dengan mengucapkan "a'uzubillahi minassaithanirrajim".Kita perlu bersabar sekiranya serangan syaitan datang juga bertalu-talu dengan hebat dan menyedari Allah taala menguji keteguhan sabar kita,hendaklah melihat ketulenan jihad kita.ketahuilah perang dengan syaitan itu lebih hebat daripada perang sabil.

16.sebesar-besar kebaiban(keburukan)adalah kamu mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam dirimu sendiri.

17.hati adalah raja dalam diri.Oleh itu,lurus dan betulkan ia supaya empayar kerajaan dirimu tegak di atas al-haq yang tidak disertai oleh iringan-iringan pasukan kebatilan.

18.ketahuilah istighfar ya sempurna boleh membuatkansyaitan lari ketakutandan menggoncangkan empayar iblis di istana kerajaannya.

19.ketahuilah sebesar-besar kesenangan di dunia di dunia dan akhirat adalah memberi maaf kepada orang lain dan lupekan tros kesalahannya .Allah pasti akan meniggikan darjatnya di sisi manusia.

20.tafakurlah sebelum tidur bagi menhisab diri atas salah dan silap semasa aktiviti siang hari sebagaimana Umar Al-Khattab mnyiasati dirinya dengan pelbagai soalan berkenaan doso-dosanya pada siang hari.

21.tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjagamu dan membuatmu cemerlang di dunia dan akhirat.Ia juga amalan para nabi ,rasul dan orang yang soleh.

22.sesiapa yang mahu meninggalkan dunia dengan selamat,dia perlu mengmalkan mengurangkan tidur,mengurangkan makan ,mengurangkan bercakap,dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

23.kamu seorang manusia yang dijadikan daripada tanah dan kamu juga disakiti (dihimpit) dengan tanah.

24.sesiapa yang menjalinkan ukhuwah dan menghidupkan dia memperoleh banyak kebaikan.

25.Allah menjanjikan kepada orang beriman ,mereka akan ditiggikan darjat dan diberi kemuliaan selagi mereka menunaikan perintah Allah.

26.Allah menjanjikan kepada orang yang beriman ,mereka pasti mendapat pertolongan Allah seperti dalam pernyataannya dalam surah ar-rom ayat 47 yang bermaksud,dan adalah menjadi hak kami untuk menolong orang yang beriman.

27.Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka pasti mendapat pembelaan daripada Allah sebagaimana pernyataan dalam surah Al-hajj ayat 38 yang bermaksud,,Allah membelah orang yang beriman.

28.Allah menjanjikan kepada orang yang beriman dan bertaqwa ,Allah pasti menaikkan darjat mereka hingga ke taraf wali-wali Allah selagi memenuhi syarat-syaratnya sperti dalam pernyataannya dalam surah Al-Baqarah ayat 257 yang bermaksud,Allah penolong (wali) bagi orang yang beriman.

29.Allah menjanjikan kepada orang yang beriman akan memberi petunjuk dan jalan yang lurus sebagaimana pernyataan Allah dalam surah Al-hajj ayat 54 yang bermaksud "Allah akan memberi petunjuk bagi orang yang beriman kepada jalan yang lurus.

30.Allah menjanjikan kepada orang yang beriman akan memperoleh rezeki yang baik dan pelbagai keberkatan selagi mereka menunaikan perintah Allah sebagaimana pernyataannya dalam surah al-a'raf ayat 96 yang bermaksud,sekiranya penduduk kota beriman dan bertaqwa pasti kami akan melimpahkan mereka berkat dari langit dan bumi tetapi sekiranya mereka mndustakan ayt-ayt kami,kami akan seksa mereka disebabkan perbuatan mereka.
B@R@nG S!APA YG BERT@MBAH ILMUNYA N@MUN TI@D@ T@MBAH AM@LNYA MAKA T!ADA BERT@MBAH BAG!NYA KECUAL! BERTAMBAH JAUH KEP@PA ALLAH ^__^

No comments:

Post a Comment

tinggalkan k0men anda disini ,, ^__^